HANTU CERMIN
Dah lama sangat nak menulis kisah seram ni. Berlaku semasa kami sekeluarga pulang ke Pahang untuk sambutan Hari Raya. Malam tu cuaca seperti biasa. Tenang tanpa hujan. Cuma sunyi.
Mak macam biasa lepas solat isyak dia dah lena dalam bilik dia. Tinggallah kami anak beranak kat luar. Mata pun makin layu. Saya bentang 3 keping toto berasingan untuk saya dan anak-anak. Maklumlah saya dan 3 orang anak lelaki. Masa tu anak sulung baru darjah 6. Yang no 2 darjah 3 dan yang no 3 baru 5 tahun.
Di luar rumah dah gelap. Walaupun rumah depan masjid tapi keadaan masa jam 10.30 tu dah gelap semua. Tinggal lampu jalan kat seberang rumah jiran yang menghidupkan suasana.Motor pun tak lalu sangat bila dah jam 10 keatas ni.
Anak yang no 2 mintak kat saya telefon katanya nak main game sementara tunggu mata mengantuk. Sebab saya pun dah tak tahan mengantuk , tanpa bercakap banyak saya terus serahkan telefon kat dia lalu tertidur.
Keesokan harinya, saya bangun 5 minit sebelum azan subuh. Penat sangat agaknya malam sebelum tu buat rendang persiapan raya. Setelah selesai kerja rumah tengahari tu saya pun terus ambil telefon untuk tengok apa-apa yang penting. Terus saya buka galeri untuk tengok gambar-gambar masa perjalanan kami bertolak ke kampung.
Mata saya terhenti untuk seketika. Rupa-rupanya anak saya semalam main kamera telefon dan ambil gambar . Kebetulan kami tidur membelakangkan cermin dekat ruang tamu rumah mak. Ada banyak gambar tapi mata saya terpaku nampak sekeping gambar. Ada tetamu tak diundang dalam gambar tu.
Saya bertanya pada anak, kenapa ambil gambr malam-malam dan dalam keadaan gelap? Dia hanya tertawa kecil sambil berkata selamba. " Kami saja-saja ja ibu.Bosan sangat malam tadi nak main game tapi internet slow".....
Meremang terus saya tengok...
Yang bawah gambar tu kepala anak saya...

Comments
Post a Comment